Thursday, October 9, 2008

INFO Sistem Komputer




Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.

Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah "saling sambungan" (interconnection). Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi sistem yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan sistem tersebut.

Pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi sistem komputer yang lebih besar.

"Pandangan luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang bermakna ia mempunyai satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang perlu dipatuhi sesuatu program atau peranti. Badan antarabangsa seperti Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (IEEE) biasanya menghasilkan atau mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika sesuatu sistem mengikut segala peraturan tersebut, ia dikatakan "mematuhi" piawaian tersebut.

Organisasi sistem komputer merupakan cara sesuatu ciri itu dilaksanakan. Ia melihat bagaimana pereka sistem menggambarkan maklumat kepada CPU, ingatan utama dan storan komputer.

Monday, October 6, 2008

INFO Tamadun Islam dan Asia

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

Cont. INFO Biokimia

Elakkan mengambil makanan segera

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

[sunting] Kesan mengambil makanan segera

1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?

2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.

3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.

4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.

5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

[sunting] Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan

Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti sedap kan? Tapi anda kena ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.

Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:

i) Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.

ii) Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.

iii) Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.

iv) Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi.

[sunting] Makanan yang boleh menggantikan vitamin

Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.

Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.

i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

[sunting] Panduan mengambil vitamin

Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.

"Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya."

Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!

Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.

a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.

Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.

b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.

"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.

d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.

Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.

e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.

Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.

INFO Biokimia

Biokimia merupakan salah satu cabang sains yang menemukan dua bidang sains yang penting, iaitu biologi dan kimia (seperti yang terdapat dalam nama bidang ini). Bidang ini mengkaji bahan-bahan kimia yang terdapat dalam benda hidup iaitu mengenai haiwan, tumbuhan dan mikrorganisma.

Biokimia merujuk kepada pengkajian mengenai bahan kimia yang dihasilkan oleh benda hidup, kesannya, kegunaannya, dan cara memanfaatkan bahan aktif tersebut bagi meningkatkan taraf hidup manusia.

Antara kelas bahan kimia yang dikaji dalam bidang biokimia ialah

* karbohidrat
* lipid
* protein atau asid amino
* asid nukleik
* vitamin

Friday, October 3, 2008

INFO Pertanian

Apa itu Pertanian??

Pertanian (Inggeris: agriculture) (meliputi cucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan) adalah pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman.

Terjemahan bahasa Inggerisnya, agri dari bahasa Latin ager, bermakna "a field" (iaitu sebidang tanah), dan culture dari bahasa Latin cultura, bermakna "cultivation" iaitu tillage of the soil. Secara literal, pembacaan dalam bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field. Dalam pengunaan moden, perkataan agriculture meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan memproses ternakan. "Agriculture" juga merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian—lebih dikenali sebagai sains pertanian (agricultural science).

Sejarah pertanian merupakan elemen utama dalam sejarah manusia kerana tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan sosioekonomi secara sejagat, termasuk peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer" — di mana petani berupaya mengeluarkan makanan melebihi keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negara nya boleh melibatkan diri mereka dalam bidang lain daripada pertanian.

42% dari pekerja dunia adalah di dalam bidang pertanian, dengan itu ianya merupakan perkerjaan yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, pengeluaran pertanian hanya menyumbang kepada kurang dari 5% keluaran dunia kasar (iaitu aggregat kepada semua keluaran dalam negara kasar.[

Saturday, August 2, 2008

Wanna know more 'bout the latest notes in POST HARVEST' and the information about it??

  • penat membeli buku yang tebal.....????
  • terpaksa ke library tuk cari maklumat?????
  • pening memikirkan setiap laman web tuk dpt maklumat berkaitan POST HARVEST???

relax....kami ada JAWAPANNYA.. ceriakan hari anda dengan maklumat2 berkaitan kursus dalam POST HARVEST yang mencapai takat didih 360 darjah celcius....

kalau nak tahu, kenalah 'belek' kami punyer blog sambil menatap gambar-gambar, video2 serta nota2 yang PANAS serta BENAR dari dunia post harvest nie..jimatkanlah mase korang dengan hanya klik blog kami tuk dapatkan maklumat yang korang cari....pape hal pun jomm join ktorang!!!!! TiAda YuRaN dIkenaKaN!!!